Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Antara masalah utama dalam perjalanan perkahwinan ialah jumlah mas kahwin yang merisaukan sehingga menghalang ramai golongan muda untuk berkahwin.
Apabila kanak-kanak lelaki melihat kadar penceraian yang tinggi, separuh daripadanya disebabkan oleh kadar mas kahwin yang tinggi, masuk akal bagi mereka berasa teragak-agak untuk menerima idea sebuah perkahwinan. Menginginkan mahar yang kecil adalah salah satu perkara yang tidak mempunyai sebarang perbezaan pendapat di kalangan ulama-ulama kita. Salah satu sebab utama mengapa mahar bertambah banyak ialah falsafah asas tradisi ketuhanan yang telah dilupakan dalam kalangan kita umat Islam.
Profesor Shahid Motahari menulis tentang falsafah mahar dalam Islam:
Al-Quran tidak mewujudkan atau mencipta mahar, kerana mahar dengan cara ini adalah ciptaan semata-mata. Sebaliknya, apa yang Al-Quran lakukan ialah ia mengembalikan mahar itu kepada perihal semula jadinya. Al-Quran berkata dengan kelembutan dan keanggunan yang tiada tandingannya: "وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً ۚ"
“Dan berikanlah kepada wanita-wanita itu mas kahwinnya sebagai hadiah dari Allah dengan kerelaan hati dan jiwa [tanpa mengharapkan balasan]"
Iaitu, berikan kepada wanita, yang menjadi milik mereka, hadiah dan tawaran daripada kamu kepada mereka, untuk diri mereka sendiri.
Terdapat tiga perkara dalam firman Tuhan yang singkat ini:
Pertama: Dia menyebutnya dengan nama sedekah, bukan dengan nama cinta. Kerana sedekah itu bersumberkan unsur kebenaran, justeru itu, mahar itu dinamakan sedekah, iaitu tanda keikhlasan cinta lelaki.
Kedua: Menambah kata ganti nama "هن" pada perkataan ini bermakna mas kahwin adalah milik wanita itu sendiri, bukan milik ibu bapanya.
Ketiga: Perkataan "نحله" dengan jelas menyatakan bahawa mahar tidak mempunyai gelaran lain selain daripada pemberian, persembahan, atau dedikasi.
Satu lagi falsafah mahar ialah ia menunjukkan cara Islam mengangkat martabat wanita.
Dengan kajian yang mendalam tentang budaya Islam, jelaslah bahawa undang-undang Islam mempromosikan dan mengawal hak-hak wanita dalam keluarga dan masyarakat. Antara hak-hak wanita ini adalah hak kewangan mereka dalam perkahwinan, dan pemberian mas kahwin ini sebenarnya adalah tanda keikhlasan lelaki terhadap golongan wanita. Islam telah menjelaskan mahar sebagai sandaran padu terhadap hak sosial wanita, iaitu haknya yang tidak boleh dipertikaikan, sedangkan pada Zaman Jahiliah, wanita tidak diberikan sebarang hak kewangan atau nilai kerohanian. Oleh itu, al-Quran menghapuskan adat zaman jahiliah mengenai mahar dan mengembalikannya kepada keadaan asal dan semula jadi. Secara umumnya, boleh dikatakan falsafah mahar dari perspektif Islam ialah mahar adalah faktor kebahagiaan hidup dan menjadi unsur kekuatan ikatan suami isteri. Sebaliknya, mas kahwin disyariatkan untuk mengimbangi kekurangan harta peninggalan wanita, sebagai cara untuk menjamin kehidupan masa depannya, mencegah perceraian yang tidak perlu, dan sebagai peringatan untuk mencegah keinginan nafsu lelaki dan membuktikan kejantanannya untuk sentiasa kekal bersama dengan isterinya.
Nota kaki atau sumber:
1-An-Nisa, ayat 4
Your Comment